Thursday, August 29, 2013

My Road -Business Online-

Seronok betol tengok kedai-kedai online yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Keinginan nak berniaga tu memang ada dari dulu lagi. Banyak pula halangan walaupun halangan tu sebenarnya lebih kepada alasan.hehe.

Dah lama asik dengan alasan ja. Tiba-tiba dapat hasrat tu hampir jadi kenyataan. One of my school friend ajak buat DP dengan dia. DP tu dropship. Bagi yang tak tahu, DP ni lebih kurang ajen lah. Kita hanya promosikan barang dan jual tapi pos barang akan dibuat oleh orang lain. Kita akan dapat komisen lah dari barang yang kita dapat jual tu..:) Bagusnya DP ni, kita tak perlu keluarkan modal bagi barang yang kita jual tu. Gambar-gambar untuk iklan pun dah tersedia. Kita hanya perlu rajinkan diri iklan kan di FB sahaja.

That was my starting point. Sejak dari tu, banyak saya belajar pasal berniaga online ni. Sangat banyak. Serious banyak. Tak sangka pula, dengan hanya jadi DP dan makan komisen saja, saya banyak boleh belajar. 

Keinginan nak berniaga dengan produk sendiri memang lah tiba-tiba datang membuak-buak. Tapi, buak-buak pun, saya masih tak boleh nak fikir, apa yang saya nak jual. Sehingga lah masuk bulan ramadhan saya mula terfikir, apa kata kalau saya jual shawl aka selendang saja. Sebab, saya ni memang pengguna tegar shawl. hehe. Kalau tak habis pun, saya boleh pakai shawl tu. Alhamdulillah, akhirnya bermula jugak kedai online saya. Yeay!! 

Sudi-sudikan lah like Cutie-Licious Wardrobe 







No comments:

Post a Comment