Tuesday, September 3, 2013

Yes, its WIDE SHAWL uolss!!

Hey there,

How are you guys today? Harap-harap semua sihat-sihat belaka ya. Rasanya masih panas lagi isu harga Ron 95 naik 20 sen kan? Apa-apa pun hidup kita harus diteruskan jugak. Betol tak?

So,I decide nak buat promosi sikit. Hehe. 

Ini adalah diantara Wide Shawl yang terdapat di Cutie-Licious Wardrobe. 

If interested just 
sms/whatsapp 011-1470 9772
or just visit my FB or Cutie-Licious Wardrobe FB page k. 

MURAH MURAH MURAH

RM 30 Only(Free Postage)

Muahxx

























Thursday, August 29, 2013

My Road -Business Online-

Seronok betol tengok kedai-kedai online yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Keinginan nak berniaga tu memang ada dari dulu lagi. Banyak pula halangan walaupun halangan tu sebenarnya lebih kepada alasan.hehe.

Dah lama asik dengan alasan ja. Tiba-tiba dapat hasrat tu hampir jadi kenyataan. One of my school friend ajak buat DP dengan dia. DP tu dropship. Bagi yang tak tahu, DP ni lebih kurang ajen lah. Kita hanya promosikan barang dan jual tapi pos barang akan dibuat oleh orang lain. Kita akan dapat komisen lah dari barang yang kita dapat jual tu..:) Bagusnya DP ni, kita tak perlu keluarkan modal bagi barang yang kita jual tu. Gambar-gambar untuk iklan pun dah tersedia. Kita hanya perlu rajinkan diri iklan kan di FB sahaja.

That was my starting point. Sejak dari tu, banyak saya belajar pasal berniaga online ni. Sangat banyak. Serious banyak. Tak sangka pula, dengan hanya jadi DP dan makan komisen saja, saya banyak boleh belajar. 

Keinginan nak berniaga dengan produk sendiri memang lah tiba-tiba datang membuak-buak. Tapi, buak-buak pun, saya masih tak boleh nak fikir, apa yang saya nak jual. Sehingga lah masuk bulan ramadhan saya mula terfikir, apa kata kalau saya jual shawl aka selendang saja. Sebab, saya ni memang pengguna tegar shawl. hehe. Kalau tak habis pun, saya boleh pakai shawl tu. Alhamdulillah, akhirnya bermula jugak kedai online saya. Yeay!! 

Sudi-sudikan lah like Cutie-Licious Wardrobe 







Raya 2013

Salam..

Dear readers, its been a long long time since i update this blog..since then, pelbagai kejadian telah berlaku dalam hidup ini. Banyak dugaan Allah terhadap diri ini. Allah ampunkan aku, hambaMu yang hina ini mencariMu ketika duka dan sering melupakanMu ketika suka.

Tak nak lah sedih-sedih lagi. Hidup kan untuk diteruskan. Suka dan duka adalah rencah hidup. Mesti bosan baca kisah sedih kan? hehe.

__________


Back to the topic, actually nak cerita pasal raya. Rasanya masih belum terlewat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers yg beragama Islam.

Basically, raya tahun ini, sama sahaja dengan raya-raya tahun lepas. Cuma bezanya, raya kali ini, saya keluar beraya sakan. Puas isi minyak, sekejab ja habis. Maksudnya memang banyak tempat yang dituju. Hehe. Part yang paling best dapat bertemu dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu. 

Mula-mula nak jumpa, rasa sangat berat hati, sebab takut ditanya soalan-soalan yang tak terjawab. Tapi bila dah berjumpa rasa tak nak balik pulak. Bersembang bagai sampai suara pun dah tak larat nak keluar. hehe. Memang best lah kawan-kawan SMKP dulu. Semua dh ada family dan kerjaya masing-masing tapi keakraban dan perangai masih belum berubah. Semua masih sama. Terus lupakan masalah yang ada. Senyum keikhlasan memang jelas terpancar kat muka masing-masing. 


Thanks guys, tanpa hampa sedaq, hampa menghiboqkan hati aku,sayangggg hampa..hahahaha.