Semalam
makan GCB, hari ni tiba2 rs menyesal, teringat pasal kalori smalam..haha..nyesal
pun tak guna kan..dah selamat masuk sistem dah pun..haha
Hari ni plak ada "separa potluck"..the reason why i said "separa potluck" sbb xramai pn yg men-potluck kan diri..hehe..perancangan tak berapa rapi lah plak..hehe..dua tiga org je bawa makanan, tp takpelah, makanan pun melimpah ruah sangat dh pun ni..Alhamdulillah, kenyang bekpes pagi ni dan boleh dibawa ke tengah rasanya ni..:)..time makan memamg tak ingat kan?hehe..lepas makan kenyang je terus teringat, alamak, KALORI!!!..wahaha
So, hari ni saya nak share pasal kalori dgn anda-anda semua..
Antara
persoalan yang sering kita tanya berkenaan dengan kalori :-
Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk
menjana tenaga, tetapi jika ia diambil
(dimakan) terlalu banyak dan tidak
dibakar, ia akan ditukar menjadi
lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Macam mana
saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada
kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat
dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang
disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!
Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat
badan.
Untuk keterangan lanjut tentang berapa kalori dalam makanan orang Malaysia, bley tgk kat website ni k..
dan kalau tak cukup lagi, you just need to ask en.google..hihi..