Thursday, September 6, 2012

TAHUKAH ANDA - APAKAH KALORI?


Semalam makan GCB, hari ni tiba2 rs menyesal, teringat pasal kalori smalam..haha..nyesal pun tak guna kan..dah selamat masuk sistem dah pun..haha


Hari ni plak ada "separa potluck"..the reason why i said "separa potluck" sbb xramai pn yg men-potluck kan diri..hehe..perancangan tak berapa rapi lah plak..hehe..dua tiga org je bawa makanan, tp takpelah, makanan pun melimpah ruah sangat dh pun ni..Alhamdulillah, kenyang bekpes pagi ni dan boleh dibawa ke tengah rasanya ni..:)..time makan memamg tak ingat kan?hehe..lepas makan kenyang je terus teringat, alamak, KALORI!!!..wahaha


So, hari ni saya nak share pasal kalori dgn anda-anda semua..

Antara persoalan yang sering kita tanya berkenaan dengan kalori :-


Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


 Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.



Untuk keterangan lanjut tentang berapa kalori dalam makanan orang Malaysia, bley tgk kat website ni k..

Anda jugak boleh review blog2 ni untuk tambah pengetahuan anda k..


wikipedia
kalori makanan
penerangan.gov
kalorimakanan2u


dan kalau tak cukup lagi, you just need to ask en.google..hihi.. 

Wednesday, September 5, 2012

Grilled Chicken Burger from McD

Assalamualaikum..

Lunch td bos saya belanja makan McDonald..nyum nyum..
Sampai je McD yg kat CS tu, terus rambang mata, mn satu nak makan, tp hati ttp bekata GCB..GCB..GCB..hehe


Great-tasting, Grilled, Glorious, Gorgeous



 



mmg sy akui great tasting..:)..lepas makan je, terus mengantuk..dgn hujan plak kat luar sana tu..adoiiiiii..sgt2 malas nk buat keja ni…huhu..kuatkan smngat..kerja byk ni..chaiyok chaiyok!!